Saturday, April 23, 2011

Sejarah April FOOL

Ia mula dirayakan  sewaktu kejatuhan kerajaan islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtu diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpakse berlindung didalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan umat Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Muslim yang risau jika tawaran tersebut merupakan satu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokkan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang disiapkan menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya ; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diserata dunia. Apa yang menyedihkan, masyarakat islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool tanpa menyedari meraka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara sesama islam sendiri.

(Dipetik dari Maruwiah Ahmad, 2003, Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah Alam, halaman 86-87)

MORAL : Sesungguhnya kepentingan Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Ini adalah kerana, tanpa ilmu kita mudah terpedaya dengan ajaran dan kebiasaan yang dilakukan bangsa lain. Dengan ilmu kita akan sedar betapa beruntungnya kehidupan kita hari ini. Sesungguhnya dengan ilmu dan pengetahuan yang ada, eloklah kita sampaikan agar segala yang baik dapat kita kongsi bersama.

Sunday, April 17, 2011

Makan Pisang Elak Strok


LONDON - Para penyelidik dari Universiti Warwick, United Kingdom dan Universiti Naples, Itali mendapati makan tiga biji pisang sehari mampu mengurangkan terkena serangan strok hingga 21peratus, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut para penyelidik tersebut, secara purata, sebiji pisang mengandungi 500 miligram Potassium yang membantu mengurangkan tekanan darah serta mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh.

Hasil kajian itu disiarkan dalam Journal Of The American College Of Cardiology.

Menurut kajian itu, sebiji pisang untuk harapan pagi, tengah hari dan makan malam,sudah cukup untuk mengurangkan strok.

Sebelum ini kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menrupakan faktor utama strok.

Strok yang disebabkan oleh bekalan rase tersekat diatas telah menyebabkan kira-kira- orang meninggal dunia pada setiap hari isnin-santu)

Seorang jurucakap Persatuan Strok di Britian menyatakan bahawa penyelidikan itu menunjukkan memakan makanan yang kaya dengan Potassium seperti pisang, kurma dan bayam boley mengurangkan serangan strok. - Agensi

(KOSMO! KHAMIS  7 APRIL 2011)

Klinik Guna Rokok Rawat Kanser

JAKARTA - Klinik Griya Balur di sini menyediakan rawatan  penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus pada telinga dan mata selain di tiub ke dalam paru-paru si pesakit.

Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung. Dia sudah merawat 60 000 pesakit sejak dekat lalu.

Dia percaya dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.

"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya. - AFP

(KOSMO! RABU 13 APRIL 2011)

Friday, April 15, 2011

Buat Mu Guru

Terkenang daku di zaman persekolahan
Kenangan manis terukir teringat jua
Jasa seorang Guru yang tercinta
Mendidik, mengasuh, menjadikan daku insan berguna

Wahai Guruku
Besar jasa bakti mu
Mencorak pekerti malahan jati diri
Membentuk, membantu, ke puncak jaya
Setiap inci keringat mu sedia berkorban masa dan tenaga

Wahai Guruku sayang
Jerih dan payah mengajar ku berusaha
Ilmu dicurah bakti dilimpah teramat berharga

Wahai Guruku
Kau penyeri hidup pada diri kami
Doa dan restu mu pengiring kejayaan kami
Sebagai insan bersyukur kau dihargai

Wahai kawan, rakan dan teman
Ingatlah jasa dan pengorbanannya
Jangan sesekali melukai hatinya
Kelak restunya memberi kebahagiaan

Lirik : Acai Sepriasai
Lagu : Acai Sepriasai
Tahun : 2005

Bait diatas ini sebenarnya adalah lirik sebuah lagu yang aku buat pada tahun 2005...pada ketika tu, aku aktif juga dalam penulisan kreatif ni...tapi takde r sampai pertandingan ke ap...tapi aku juz wat untuk diri sendiri..kerana aku sukakan bahasa indah, bahasa seni...keseniaan...oleh kerana cinta dan sayangnya aku kepada seni penulisan, aku akan menulis pantun, sajak, puisi or kata2 puitis dan 'note book' yang sentiasa ada pada aku...pada ketika itu r...kalau skg, mmg takde r 'note book' tu...hehehe

Berbalik kepada lirik lagu diatas..lagu ni terhasil daripada sumber ilham yang dicerminkan dari personaliti, cara mengajar seorang pendidik di sekolah aku dulu..iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..pendidik yang aku maksudkan itu adalah Cikgu Khamidon Sadi..beliau adalah seorang Cikgu yang mengajar Lukisan Kejuruteraan (LK) pada ketika itu dan dari dulu lagi sebenaqnya...heheh

Kerana minat yang mendalam dalam LK ni, wat kan aku berjaya mendapat B3 dalam SPM 2005..(target A1, tapi disebab over cnfident dan mungkin juga rezeki bukan gred tu, aku berjaya juga r dapat B3..tahniah kat aku...hehhee) Kerana minat dengan cara beliau mengajar, cara beliau melayan anak murid, membuatkan hati aku berbisik..'aku rase aku perlu wat smthing utk menceritakan tentang seorang Guru'..aku pun try lerw cari idea..cari2, tak jumpe...cari2, tak jumpa gak...huhuhu..sedih gak r...

Tiba lah pada saat tu...lirik dan melodi lagu tu siap sepenuhnya pada pukul3am..time tu hujan turun dengan lebat...aku pasti takkan lupa waktu dan masa lagu ini disiapkan....hehehe..aku pernah berikan lirik ini kepada Cikgu Khamidon, beliau memuji dengan berkata..'Lirik yang terbaik..sungguh menyentuh perasaan...terharu saya baca lirik ni...' aku sangat seronok dengan pujian itu..sebab, beliau juga adalah seorang penyanyi...alangkah bertuah diri aku dipuji..huhuhu

Lagu ni, pernah juga aku perdengarkan kpd beliau, tapi beliau tidak dapat menerima MMS aku..huhuu...melodi lagu ni, aku rase cam nasyid2 sket...kalau aku wat lirik apa2 pun, pasti melodi lebih kurang sama...hehheeh..tapi ia tak pernah mematahkan semangat aku untuk terus berkarya dalam senyap...hehehe...

Tiada apa yang dapat aku ceritakan lagi...lirik ni tak terlalu berat sampai kene pk seharian...ia lebih dekat dengan student barang kali...ok lerw...jumpe di helaian akan datang....hehehe...salam

Thursday, April 14, 2011

'Peguam' Sengal

'Peguam' Buruk Pertama


Acai : Yang sebenarnya...
Edy : Haa?? Ni soalan ke atau kenyataan berasas?
Acai : Yang sebenarnya....
Edy : Haa...aku tau..Yuna..ehh..tu dan sebenarnye...ape ko ni???ngarutt...
Acai : Yang sebenarnyaa....Dragon Ball ada Tujuh Biji semuanya....
(Gelak terbahak....hahahaa...cam h***m jek....hehehe)


'Peguam' Buruk Kedua

Acai : Semalam i call you, you tak answer..napa??
Mei Ling : Kan i dah kata i pi dinner..
Acai : You kata you keluar dengan kawan you masalahnyer!!!
Mei Ling : Betullah i kua dinner ngan kawan i..bukan tommy!!
Acai : Yang you ni mengarut nape??
Mei Ling : Dah you mengarut dulu tu nape??
Acai : Larr...I nyanyi lerw..hahhahaa...You tak pernah lagu kantoi???hahahaa
Mei Ling : Grrrrrrrrrrggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!
Acai : Lalalalaaa....(hahahaa.....)

Monday, April 11, 2011

Pantun Sengal Lama Tak Update

Sibuk bekerja disiang hari,
Malam pun sibuk kerana tak de kerja,
Sibuk menyibuk dengan urusan rasmi,
Lagak menteri dengan kerjaya.

Kais pagi makan pagi,
Kais dikota mencari rezeki,
Tindak mencari sesuap nasi,
Terlupa masa apa yang nak dicari.

Gugur dedaunan dilantai indah,
Sekeping hati dibawa berlari,
Hujan dihati tidak dapat ditadah,
Meluah rasa keinginan dihati.

Helang mengepak bebas diangkasa,
Menilai mangsa sebelum memburu,
Kesunyian dihati internet tak ada,
Melampias rindu pada ingatan ku.

Meredah ranjau penuh pucuk paku,
Masak lemak cili api,
Mencari hiburan dikala waktu,
Tidak berjumpa apa dihajati.

Bosan-bosan si kambing malam,
Tenang-tenang air dikali,
Harimau memburu masa membaham,
Buruan kasih rakus tersembunyi.