Saturday, April 23, 2011

Sejarah April FOOL

Ia mula dirayakan  sewaktu kejatuhan kerajaan islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtu diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpakse berlindung didalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan umat Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Muslim yang risau jika tawaran tersebut merupakan satu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokkan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang disiapkan menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya ; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diserata dunia. Apa yang menyedihkan, masyarakat islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool tanpa menyedari meraka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara sesama islam sendiri.

(Dipetik dari Maruwiah Ahmad, 2003, Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah Alam, halaman 86-87)

MORAL : Sesungguhnya kepentingan Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Ini adalah kerana, tanpa ilmu kita mudah terpedaya dengan ajaran dan kebiasaan yang dilakukan bangsa lain. Dengan ilmu kita akan sedar betapa beruntungnya kehidupan kita hari ini. Sesungguhnya dengan ilmu dan pengetahuan yang ada, eloklah kita sampaikan agar segala yang baik dapat kita kongsi bersama.

Sunday, April 17, 2011

Makan Pisang Elak Strok


LONDON - Para penyelidik dari Universiti Warwick, United Kingdom dan Universiti Naples, Itali mendapati makan tiga biji pisang sehari mampu mengurangkan terkena serangan strok hingga 21peratus, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut para penyelidik tersebut, secara purata, sebiji pisang mengandungi 500 miligram Potassium yang membantu mengurangkan tekanan darah serta mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh.

Hasil kajian itu disiarkan dalam Journal Of The American College Of Cardiology.

Menurut kajian itu, sebiji pisang untuk harapan pagi, tengah hari dan makan malam,sudah cukup untuk mengurangkan strok.

Sebelum ini kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menrupakan faktor utama strok.

Strok yang disebabkan oleh bekalan rase tersekat diatas telah menyebabkan kira-kira- orang meninggal dunia pada setiap hari isnin-santu)

Seorang jurucakap Persatuan Strok di Britian menyatakan bahawa penyelidikan itu menunjukkan memakan makanan yang kaya dengan Potassium seperti pisang, kurma dan bayam boley mengurangkan serangan strok. - Agensi

(KOSMO! KHAMIS  7 APRIL 2011)

Klinik Guna Rokok Rawat Kanser

JAKARTA - Klinik Griya Balur di sini menyediakan rawatan  penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus pada telinga dan mata selain di tiub ke dalam paru-paru si pesakit.

Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung. Dia sudah merawat 60 000 pesakit sejak dekat lalu.

Dia percaya dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.

"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya. - AFP

(KOSMO! RABU 13 APRIL 2011)

Friday, April 15, 2011

Buat Mu Guru

Terkenang daku di zaman persekolahan
Kenangan manis terukir teringat jua
Jasa seorang Guru yang tercinta
Mendidik, mengasuh, menjadikan daku insan berguna

Wahai Guruku
Besar jasa bakti mu
Mencorak pekerti malahan jati diri
Membentuk, membantu, ke puncak jaya
Setiap inci keringat mu sedia berkorban masa dan tenaga

Wahai Guruku sayang
Jerih dan payah mengajar ku berusaha
Ilmu dicurah bakti dilimpah teramat berharga

Wahai Guruku
Kau penyeri hidup pada diri kami
Doa dan restu mu pengiring kejayaan kami
Sebagai insan bersyukur kau dihargai

Wahai kawan, rakan dan teman
Ingatlah jasa dan pengorbanannya
Jangan sesekali melukai hatinya
Kelak restunya memberi kebahagiaan

Lirik : Acai Sepriasai
Lagu : Acai Sepriasai
Tahun : 2005

Bait diatas ini sebenarnya adalah lirik sebuah lagu yang aku buat pada tahun 2005...pada ketika tu, aku aktif juga dalam penulisan kreatif ni...tapi takde r sampai pertandingan ke ap...tapi aku juz wat untuk diri sendiri..kerana aku sukakan bahasa indah, bahasa seni...keseniaan...oleh kerana cinta dan sayangnya aku kepada seni penulisan, aku akan menulis pantun, sajak, puisi or kata2 puitis dan 'note book' yang sentiasa ada pada aku...pada ketika itu r...kalau skg, mmg takde r 'note book' tu...hehehe

Berbalik kepada lirik lagu diatas..lagu ni terhasil daripada sumber ilham yang dicerminkan dari personaliti, cara mengajar seorang pendidik di sekolah aku dulu..iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..pendidik yang aku maksudkan itu adalah Cikgu Khamidon Sadi..beliau adalah seorang Cikgu yang mengajar Lukisan Kejuruteraan (LK) pada ketika itu dan dari dulu lagi sebenaqnya...heheh

Kerana minat yang mendalam dalam LK ni, wat kan aku berjaya mendapat B3 dalam SPM 2005..(target A1, tapi disebab over cnfident dan mungkin juga rezeki bukan gred tu, aku berjaya juga r dapat B3..tahniah kat aku...hehhee) Kerana minat dengan cara beliau mengajar, cara beliau melayan anak murid, membuatkan hati aku berbisik..'aku rase aku perlu wat smthing utk menceritakan tentang seorang Guru'..aku pun try lerw cari idea..cari2, tak jumpe...cari2, tak jumpa gak...huhuhu..sedih gak r...

Tiba lah pada saat tu...lirik dan melodi lagu tu siap sepenuhnya pada pukul3am..time tu hujan turun dengan lebat...aku pasti takkan lupa waktu dan masa lagu ini disiapkan....hehehe..aku pernah berikan lirik ini kepada Cikgu Khamidon, beliau memuji dengan berkata..'Lirik yang terbaik..sungguh menyentuh perasaan...terharu saya baca lirik ni...' aku sangat seronok dengan pujian itu..sebab, beliau juga adalah seorang penyanyi...alangkah bertuah diri aku dipuji..huhuhu

Lagu ni, pernah juga aku perdengarkan kpd beliau, tapi beliau tidak dapat menerima MMS aku..huhuu...melodi lagu ni, aku rase cam nasyid2 sket...kalau aku wat lirik apa2 pun, pasti melodi lebih kurang sama...hehheeh..tapi ia tak pernah mematahkan semangat aku untuk terus berkarya dalam senyap...hehehe...

Tiada apa yang dapat aku ceritakan lagi...lirik ni tak terlalu berat sampai kene pk seharian...ia lebih dekat dengan student barang kali...ok lerw...jumpe di helaian akan datang....hehehe...salam

Thursday, April 14, 2011

'Peguam' Sengal

'Peguam' Buruk Pertama


Acai : Yang sebenarnya...
Edy : Haa?? Ni soalan ke atau kenyataan berasas?
Acai : Yang sebenarnya....
Edy : Haa...aku tau..Yuna..ehh..tu dan sebenarnye...ape ko ni???ngarutt...
Acai : Yang sebenarnyaa....Dragon Ball ada Tujuh Biji semuanya....
(Gelak terbahak....hahahaa...cam h***m jek....hehehe)


'Peguam' Buruk Kedua

Acai : Semalam i call you, you tak answer..napa??
Mei Ling : Kan i dah kata i pi dinner..
Acai : You kata you keluar dengan kawan you masalahnyer!!!
Mei Ling : Betullah i kua dinner ngan kawan i..bukan tommy!!
Acai : Yang you ni mengarut nape??
Mei Ling : Dah you mengarut dulu tu nape??
Acai : Larr...I nyanyi lerw..hahhahaa...You tak pernah lagu kantoi???hahahaa
Mei Ling : Grrrrrrrrrrggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!
Acai : Lalalalaaa....(hahahaa.....)

Monday, April 11, 2011

Pantun Sengal Lama Tak Update

Sibuk bekerja disiang hari,
Malam pun sibuk kerana tak de kerja,
Sibuk menyibuk dengan urusan rasmi,
Lagak menteri dengan kerjaya.

Kais pagi makan pagi,
Kais dikota mencari rezeki,
Tindak mencari sesuap nasi,
Terlupa masa apa yang nak dicari.

Gugur dedaunan dilantai indah,
Sekeping hati dibawa berlari,
Hujan dihati tidak dapat ditadah,
Meluah rasa keinginan dihati.

Helang mengepak bebas diangkasa,
Menilai mangsa sebelum memburu,
Kesunyian dihati internet tak ada,
Melampias rindu pada ingatan ku.

Meredah ranjau penuh pucuk paku,
Masak lemak cili api,
Mencari hiburan dikala waktu,
Tidak berjumpa apa dihajati.

Bosan-bosan si kambing malam,
Tenang-tenang air dikali,
Harimau memburu masa membaham,
Buruan kasih rakus tersembunyi.

Tuesday, January 25, 2011

Kejutan

Kerjaa...kerjaa..kerja...asyik2 O.T...over time..O.T..over time...bila r nak ada live kan...ehh..ape pulakk...kira ok lerw kerja..dari dok saje...duit pun tarakk kan??? haduii...tu pun mengeluh si Acai Sepriasai niii...relaks sudaa..kalau tak kerja keras, lagu mana nak kawin kan...takkan nak pakai lagu jiwa lagu cinta jek...

Bila da kerja+OT ni, rase terbiase lakk...serius beb..tak caya?? cuba korang kerja..mesti korang akan dapat merasai apa yang aku rase...bukan rasa sayang2 hey ok...hehehee.....

Ape kene ngan tajuk aku yang cuba aku sampai kan nii??? cam takde kene mngena dari kan??hehehhe...bila da syok kerja...OT jek memanjang...mestilah tiba ari yang ditunggu2 oleh sekalian pekerja...hari ape tuu??? hari raya ke?? hari-hari ke?? haduiii...mesti lerw hari GAJI...

Setelah bergiat aktif sebagai seorang buruh, aku pun menjadi gembira r bile dikhabarkan khabar gembira itu....tapi aku wat2 biase jek sebab tak tau sejauh mane kebenaran kan....hehehe

Tiba saat tu, perut ku meragam.. terasa sakit...minyak motor pun cam nak kering2 jek...tgk dompet, budget tinggal Rm1 jek...mane r feel nak isi Rm1 jek...pastu dengan rase nak TRY AND ERROR, aku amek r dompet utk keluarkan kad ATm...bukan Angkatan Tentera Malaysia tau...pas masukkan kad, cam biase r...org takde duit, mane r nak kua duit...kang kua pasir jek kan..try r tgk baki...

Bila nak klik2 tu, suspen gakk r...sekalu check baki, aku sangat TERKEJUT.....dalam tu ad Rm1*00.30..gilerrr r...terkejut beruk aku!!!! aku pun menjeritt hepiiii...makkkk...lie da dapat gajiiii..mane taknyerr..dats my 1st gaji as permanent....yang paling aku terkejut jumlah tu tak seperti yang aku sangka....aku target dapat biase jekk....mmg terkejutt r...alhamdulillah...dengan gaji tu aku takkan sia2 kan...

Itulah cerita tentang terkejut aku....hehehhe =)

Monday, January 17, 2011

Pantun : Semangat


Tersohor pahlawan kerana keberanian,
Pencak yang handal menjadi igauan,
Langkah tersusun berundur jangan,
Martabat seni harus dipertahan.

Tindak jujur, amanah dan wibawa,
Pemimpin jiwa peranan kehidupan,
Ilmu didada menjadi senjata,
Kerana berharga bukan sembarangan.

Berguru mengaji bahasa tuhan,
Huruf pertama diperkemas aturan,
Ruginya hidup lena lamunan,
Umpama berjalan tanpa haluan.

Basahi lidah bersihkan hati,
Lautan jawi eloklah direnang,
Menjadi si buta terang dihati,
Tidak si celik buta di siang.

Senjata tajam menghunus berani,
Panah beracun tidak diundang,
Kerana semangat gagah berani,
Perjuangan benar terus dijulang.

Sahabat


Berkongsi masalah, susah bersama, sedih bersama, gembira bersama, segala penderitaan dikongsi bersama...alangkah bertuah jika dikurniakan seorang SAHABAT yang dapat menemani segenap erti kehidupan....

Sahabat untuk selamanya..kau dan aku sahabat...teringat aku kepada seorang SAHABAT yang juga aku anggap seperti AYAH ku...seorang yang sudi mendengar masalah 'anak-anaknya' yang ramai...tapi SAHABAT ku itu tidak pernah mengeluh...malahan akan memberikan penyelesaian terbaik kepada kami...

SAHABAT yang susah dicari ganti...'Dimana kan ku cari ganti..Serupa dengan denganmu..' mmg tepat bait lagu yang diperdengarkan kepada kita semua...SAHABAT yang baik, jujur, telus, memahami, mmg sukar kita bertemu...mmg nasib utk kehidupan kami pada kehidupan kali ini. kerana dipertemukan dan dikenalkan bersama SAHABAT yang juga bergelar AYAH kepada kami...

Segala jasa, tunjuk ajar SAHABAT kami itu, akan kami pegang, kami ikut dan kami lalui dengan penuh rase tanggungjawab...kata2 SAHABAT kami itu, 
'BERPEGANGLAH DENGAN JALAN YANG KITA PILIH INI, KERANA JALAN INI ADALAH SEBENAR JALAN..JALAN YANG KITA LALU INI MEMANG PENUH DENGAN DUGAAN...JANGAN SESEKALI BERUNDUR WALAU SETAPAK KEBELAKANG..'

Kata2 SAHABAT kami yang juga salah seorang SAHABAT kepada GURU kami yang kami sayangi....Jika seseorang itu digelar SAHABAT, maka hendaklah kita menghargainya..walau dalam keadaan apa sekali pun, SAHABAT adalah SAHABAT....walaupun SAHABAT kami telah pergi buat selamanya pada 23November2010, Jasa, kenangan, ingatannya kepada kami semua tidak pernah luput...bahkan terasa SAHABAT kami masih berada bersama kami....

...KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI...

....AL-FATIHAH BUAT ARWAH WAK...
(-_-)

Sunday, January 16, 2011

Sungai Lui

 

Lagu ni mmg aku suke gilerr...dari segi bakat, mmg teserlah bakat mat aizat ni...takde sape dapat menyangka, jejaka semuda ini mampu mencipta namanya sendiri....


Tu yang orang cakap tu, kalau da nama pun bakat, campak mana-mana pun menjadi...kebanyakkan lagu aizat ni yang aku tau, dia compose sendiri dari A-Z...yang ak dengar-dengar lerw...


Berbalik kepada lagu ni, aku start dengar jek, trus terminat...sebab lagu ni baru, tapi rentaknya ala-ala lama...tu yang mahal tu...dengan bunyian angklung...trade aizat ni mmg kita da nampak..pada usia semuda ni dia tau muzik ap n jenis cane org suke....kan??


ape2 pun, aku minat gak lagu2 aizat nii...hehee...sampai sini komen aku...so, kita jumpe dilain post lak k??


hehehe...tata kawan2..thanx sebab sudi bace blog simple nii...hehehe

Friday, January 14, 2011

Lubang

15/01/2011_11 Saffar 1432

Penat bekerja seharian...arini sangat banyak nak kua...sebagai QC Technician yang mmberi komitmen yang jitu terhadap kerja n mendengar arahan, kene r wat keje dengan bersungguh-sungguh...bila bekerja bersungguh-sungguh, habuan mendatang, insyaAllah akan mmbuat kita tersenyum...=)

Al-kisah maka tersebut lerw kisah dongeng Acai Sepriasai niii....hehehe...nak dijadikan cerita, time mahu pulang dari kerja, seperti biase...aku akan berangan-berangan atas motor...tringatkan kenangan-kenangan dulu, aktiviti akan datang dan perancangan masa hadapan....hehehe

Tengah syok2 berangan, pk kan strategi kehidupan, aku terlanggar LUBANG kan jalan...abih rim depan..Alhamdulillah aku takde pape...motor pun alhamdulillah, tidak menunjukkan tanda2 kecederaan serius...tapi btol2 r aku hairan...lubang tu sepatutnyer kat tepi jalan....da r aku selalu jalan tu time balik kerja...

Lubang pada jalan tersebut memusykilkan aku...cane lubang yang kat tepi tu, ley jalan ketengah....tu yang aku nek heran tu...bile pk2 balik, mungkin aku bawak motor kat tepi jalan kot....kihkhihi...lawak jek....biase r, org tengah mengelamun, mane da perasan ape yang ada kat depan..penah sekali, nak g kerja, terlajak ke IOI MALL....hahaha..mengong jek rase....

Moral value yang kita ley dapt dari cerita diatas adalah, jangan r berangan time mmbuat kerja...kerana ap? kerana akan mmbahayakan diri sendiri n mungkin juga kepada orang lain...safety first...itu yang penting...so, selamat melakukan kerjaa...hehehhe =)