Friday, April 15, 2011

Buat Mu Guru

Terkenang daku di zaman persekolahan
Kenangan manis terukir teringat jua
Jasa seorang Guru yang tercinta
Mendidik, mengasuh, menjadikan daku insan berguna

Wahai Guruku
Besar jasa bakti mu
Mencorak pekerti malahan jati diri
Membentuk, membantu, ke puncak jaya
Setiap inci keringat mu sedia berkorban masa dan tenaga

Wahai Guruku sayang
Jerih dan payah mengajar ku berusaha
Ilmu dicurah bakti dilimpah teramat berharga

Wahai Guruku
Kau penyeri hidup pada diri kami
Doa dan restu mu pengiring kejayaan kami
Sebagai insan bersyukur kau dihargai

Wahai kawan, rakan dan teman
Ingatlah jasa dan pengorbanannya
Jangan sesekali melukai hatinya
Kelak restunya memberi kebahagiaan

Lirik : Acai Sepriasai
Lagu : Acai Sepriasai
Tahun : 2005

Bait diatas ini sebenarnya adalah lirik sebuah lagu yang aku buat pada tahun 2005...pada ketika tu, aku aktif juga dalam penulisan kreatif ni...tapi takde r sampai pertandingan ke ap...tapi aku juz wat untuk diri sendiri..kerana aku sukakan bahasa indah, bahasa seni...keseniaan...oleh kerana cinta dan sayangnya aku kepada seni penulisan, aku akan menulis pantun, sajak, puisi or kata2 puitis dan 'note book' yang sentiasa ada pada aku...pada ketika itu r...kalau skg, mmg takde r 'note book' tu...hehehe

Berbalik kepada lirik lagu diatas..lagu ni terhasil daripada sumber ilham yang dicerminkan dari personaliti, cara mengajar seorang pendidik di sekolah aku dulu..iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..pendidik yang aku maksudkan itu adalah Cikgu Khamidon Sadi..beliau adalah seorang Cikgu yang mengajar Lukisan Kejuruteraan (LK) pada ketika itu dan dari dulu lagi sebenaqnya...heheh

Kerana minat yang mendalam dalam LK ni, wat kan aku berjaya mendapat B3 dalam SPM 2005..(target A1, tapi disebab over cnfident dan mungkin juga rezeki bukan gred tu, aku berjaya juga r dapat B3..tahniah kat aku...hehhee) Kerana minat dengan cara beliau mengajar, cara beliau melayan anak murid, membuatkan hati aku berbisik..'aku rase aku perlu wat smthing utk menceritakan tentang seorang Guru'..aku pun try lerw cari idea..cari2, tak jumpe...cari2, tak jumpa gak...huhuhu..sedih gak r...

Tiba lah pada saat tu...lirik dan melodi lagu tu siap sepenuhnya pada pukul3am..time tu hujan turun dengan lebat...aku pasti takkan lupa waktu dan masa lagu ini disiapkan....hehehe..aku pernah berikan lirik ini kepada Cikgu Khamidon, beliau memuji dengan berkata..'Lirik yang terbaik..sungguh menyentuh perasaan...terharu saya baca lirik ni...' aku sangat seronok dengan pujian itu..sebab, beliau juga adalah seorang penyanyi...alangkah bertuah diri aku dipuji..huhuhu

Lagu ni, pernah juga aku perdengarkan kpd beliau, tapi beliau tidak dapat menerima MMS aku..huhuu...melodi lagu ni, aku rase cam nasyid2 sket...kalau aku wat lirik apa2 pun, pasti melodi lebih kurang sama...hehheeh..tapi ia tak pernah mematahkan semangat aku untuk terus berkarya dalam senyap...hehehe...

Tiada apa yang dapat aku ceritakan lagi...lirik ni tak terlalu berat sampai kene pk seharian...ia lebih dekat dengan student barang kali...ok lerw...jumpe di helaian akan datang....hehehe...salam

1 comment:

  1. tu dia encik azliesyah. :) berkarya selagi boleh k :)

    ReplyDelete