Monday, April 11, 2011

Pantun Sengal Lama Tak Update

Sibuk bekerja disiang hari,
Malam pun sibuk kerana tak de kerja,
Sibuk menyibuk dengan urusan rasmi,
Lagak menteri dengan kerjaya.

Kais pagi makan pagi,
Kais dikota mencari rezeki,
Tindak mencari sesuap nasi,
Terlupa masa apa yang nak dicari.

Gugur dedaunan dilantai indah,
Sekeping hati dibawa berlari,
Hujan dihati tidak dapat ditadah,
Meluah rasa keinginan dihati.

Helang mengepak bebas diangkasa,
Menilai mangsa sebelum memburu,
Kesunyian dihati internet tak ada,
Melampias rindu pada ingatan ku.

Meredah ranjau penuh pucuk paku,
Masak lemak cili api,
Mencari hiburan dikala waktu,
Tidak berjumpa apa dihajati.

Bosan-bosan si kambing malam,
Tenang-tenang air dikali,
Harimau memburu masa membaham,
Buruan kasih rakus tersembunyi.

No comments:

Post a Comment