Saturday, April 23, 2011

Sejarah April FOOL

Ia mula dirayakan  sewaktu kejatuhan kerajaan islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtu diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpakse berlindung didalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan umat Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Muslim yang risau jika tawaran tersebut merupakan satu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokkan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang disiapkan menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya ; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diserata dunia. Apa yang menyedihkan, masyarakat islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool tanpa menyedari meraka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara sesama islam sendiri.

(Dipetik dari Maruwiah Ahmad, 2003, Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah Alam, halaman 86-87)

MORAL : Sesungguhnya kepentingan Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita. Ini adalah kerana, tanpa ilmu kita mudah terpedaya dengan ajaran dan kebiasaan yang dilakukan bangsa lain. Dengan ilmu kita akan sedar betapa beruntungnya kehidupan kita hari ini. Sesungguhnya dengan ilmu dan pengetahuan yang ada, eloklah kita sampaikan agar segala yang baik dapat kita kongsi bersama.

No comments:

Post a Comment