Monday, January 17, 2011

Pantun : Semangat


Tersohor pahlawan kerana keberanian,
Pencak yang handal menjadi igauan,
Langkah tersusun berundur jangan,
Martabat seni harus dipertahan.

Tindak jujur, amanah dan wibawa,
Pemimpin jiwa peranan kehidupan,
Ilmu didada menjadi senjata,
Kerana berharga bukan sembarangan.

Berguru mengaji bahasa tuhan,
Huruf pertama diperkemas aturan,
Ruginya hidup lena lamunan,
Umpama berjalan tanpa haluan.

Basahi lidah bersihkan hati,
Lautan jawi eloklah direnang,
Menjadi si buta terang dihati,
Tidak si celik buta di siang.

Senjata tajam menghunus berani,
Panah beracun tidak diundang,
Kerana semangat gagah berani,
Perjuangan benar terus dijulang.

3 comments:

  1. ye na..pantun abg wat secara spontan...mula2 abg wat post sahabat tu...then, terfikir nak wat pantun...abg wat r pantun dulu...then bace balik, mmg ad dalam perjuangan silat cekak pusaka hanafi dibawah pimpinan YM...=)

    ReplyDelete
  2. der ni baju baru tu ek? sekarang memang pakai nama pusaka hanafi ye? walaupon dah menang kes?

    ReplyDelete